♥DORAEMON+PIKACHU♥
Bagaikan patah sebelah sayap ku
tatkala itu… Ya, masih aku terasa! Apakah rasa ini hanya sementara atau mungkin
kekal??? Sesungguhnya tiada siapa yg mampu membantu… Aku kehilangan senyuman
& kekuatan kini… Apakah yang harus dilakukan supaya rasa itu kembali wujud?
Tak,tidak mungkin terjadi untuk gembira tapi cuma boleh berlagak senyum… Dengar
lagu,berkaitan hmm baca novel juga berkaitan… Ayoooo!!!!!!!! Aku rindu
amatttttttt, rindukan dahan tempat ku berpaut sentiasa selama ini… Manakah
hilangnya dahan itu??? Arini amat jelas terasa,sob3… Tahukah bahawa tiap bicara
mu amat menenangkan hati kecil milikku ini??? Dan kini, hatiku menjerit
memanggil namamu untuk sekian kalinya… Amat sukar untuk rasai kehilangan ini…
Ya, tak sabar rasanya untuk menanti semua rancangan berjalan dengan lancar
tapi??? Tak mungkin sesekali aku lewati dahan lain yang mungkin akan membuatku
langsung tidak senyum & sentiasa mencari dahan yang lama… Wahai kau dahan,
ketahuilah bahawa aku amat memerlukan mu untuk berpaut… Meskipun angin ribut datang
menggoncang ku namun aku akan sentiasa kuat berpaut padamu… Kerana pada dahanmu
itu wujudnya satu kekuatan dari pokok utama yang sering kau kongsikan padaku…
Darimu dahan aku beroleh kekuatan dan ketenangan diri… Dirimu jua dahan yang
sentiasa mengagungi diriku melalui bait-bait melodi yang tidak dilafazkan
secara terus terang namun aku mengerti itu… Meskipun aku cuma menumpang berpaut
padamu namun terima kasih kerana masih menghargai aku yang hina ini… Wahai kau
dahan, aku harap aku akan sentiasa berpaut padamu… Janganlah layuku &
dipetik aku dulu sebelum dirimu rapuh daripada pokok utama… Biarlah kita
sentiasa berpaut & berkongsi kekuatan yang membuat aku selalu tersenyum…
Biarlah jua kita sama2 rapuh & layu ke atas tanah… Aku ingin terus berpaut
pada mu dahan nan indah!!!!!!!!!!!!!!
*cuba sehabis baik Teknik Reaginasi kali ini hmmm.... maklumlaa tatkala dlanda homesick plus foodsick minus ngan rindueeee2...... apa2 pun, nak try gabung gak ngan lagu bezzz nie... dahan oh dahan!!!!!!!*

No comments:
Post a Comment