KAWAN-KAWAN

♥ Dirimu Wanita ♥


Salam blog saia...... DIANA AMIR DAH BERTUNANG TAW!!! ^-^

* kwang3 abaikan saja announcement sy yg cbok je nak interframe tue... *

Menjadi pilihan seseorang bukanlah suatu yg mudah,tapi tidak juga ianya terlalu susah… setiap orang pasti mempunyai perasaan ragu2 dalam diri mereka bukan? Ianya satu lumrah kerana tiada siapa yg sempurna dalam dunia ini… pilihan,bukan sahaja pilihan dalam pasangan malah pilihan keluarga juga boleh jadi bukan? Ya, semestinya… Tapi kebiasaannya masalah jarang timbul dalam kalangan pasangan sebab sudah semestinya mereka menerima kekurangan pasangan masing2 sebagai satu proses yg akan membolehkan mereka untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Wanita, sering kali sangat payah untuk jatuh cinta berbanding lelaki… kerana wanita mempunyai masalah untuk melupakan & juga serik untuk menghadapi konflik yg sama sekali lagi. Oleh sbb itu, wanita seorang yg setia orgnya bukan? Walaupun nampak bersahaja tetapi wanita kuat orgnya & merekalah sebenarnya yg lebih berusaha utk mempertahankan sebuah perhubungan dalam diam. Untuk jatuh cinta lagi,pasti saja mengambil masa yg sgt lama kerana utk melupakan itu bukanlah satu proses yg mudah. Sbb itu, wanita lebih memilih untuk berdiam & menghabiskan masa untuk mengurangkan kekusutan fikiran mereka. Lihat saja senyuman mereka, belum tentu mereka bahagia tp sebenarnya mereka mencuba untuk bahagia meskipun pasangan mereka yg dahulu mungkin sudah 2 kali bertukar awek. Wanita tidak juga berfikiran untuk bercinta semata-mata tetapi mereka sebenarnya mencari pasangan yg mampu membimbing & sama2 berkongsi hidup di masa akan datang. Justeru sbb itu jugalah wanita sebolehnya mencuba untuk menjadi insan yg sempurna di mata pasangan & keluarga pasangan mereka itu. Berbanding lelaki, mereka lebih mudah untuk diterima oleh keluarga pihak wanita. Namun wanita perlu berjaya mengambil hati keluarga pihak lelaki lebih2 lg ibu lelaki tersebut. Kalau dah ibu cakap xsuka,tetap xsuka kan? So,sebelum ibu cakap macam tu wanita kena berusaha perbaiki diri mereka supaya ibu akan terus cakap SUKA!!! Ibu tu juga wanita bukan? Sudah pasti inginkan yg terbaik untuk keluarga & anak dia. Tp ibu2 juga, janganlah meletak harapan yg terlalu tinggi hingga sanggup mencari jodoh untuk anak lelaki mereka. Kalau difikir-fikir, tindakan ibu mcm ini lah sebenarnya lebih menjamin kebahagiaan anak2 mereka kan? Jangan tau pandang belah negative je ok??? Ramai je pasangan yg dijodohkan tu bahagia sampai bila2… so,kalau korang takut sangat nak tau bakal mak mentua korang ni jenis yg camne try tengok & faham perangai anak dia. Kalau korang boleh ngam je ngan anak dia for sure boleh jugalah tu ngan ibu dia kan kan kan? Yg ni kalau anak dia jenis yg sempoi2,mesti ibu dia sempoi2 gak kot. bila ibu dia dah teringin nak tengok gambar & jumpa korang tu dah kira bolehlaaa lepas fasa 1… ada juga ke ibu yg lepas jumpa terus reject? Hmm, jarang kot sebab ibu dia pun wanita jugak mestilaa faham perasaan wanita lain. Hehehe, so utk wanita kuat & tabah yg belum berpunya tu kena sabar ye xpun carik je trus calon mak mentua pastu dpt skali pakej ngan anak dia. Jangan mudah putus asa kerana menjadi wanita itu adalah seribu keuntungan taw… meh relax2 lepas baca dengar lagu ANAK KAMPUNG nie… ^-^


p/s : jangan nervous nak jadi calon menantu mak mentua korang yeeeee!


3 comments:

  1. seorang wanita itu tinggi martabatnya.. sayangi dirimu wanita ini kerana ianya berharga untuk masa depan.. done following you follow me back okay.. >_<

    ReplyDelete
  2. hewhew , jodoh tak ke mana, sementara still available, baik enjoy dulu life, discover by own, experience it , bunyik cam best je kan ?

    http://kotaksuara-mutania.blogspot.com/

    jemput singgah dan follow :)

    ReplyDelete