salam blog saia... ^-^
Xlama lagi tibalah Disember
kan??? Fuyooo xsabarnya nak tunggu 2012 berlalu… 2013 nanti mesti akan lagi
baek,insyaAllah… yang dalam senarai event tue sudah pasti,sungguh xsabar… wpun
xsabar nak tunggu 2013 tiba, tapi xblehlaa nak biar 2012 pergi camtue jer… sbb,
2012 nie ada byk jugak kenangan taw & 2012 nie dah byk sgt ajar aku untuk
bersabar, tenang, bahagia dan mcm2…. Memang 2012 nie baik sgt2 ngan aku wpun
pada mulanya agak payah nak tempuh kan?tue lah maknanya FRIENDS & FAMILY
hehehehe…. Kadang2 kita terlalu gembira dgn apa yg kita sendiri xpasti kemudian
kita menangis kerana disakiti… tapi, kita jarang berfikir sblom merasai
perasaan kita itu… jangan kita salahkan mereka kenapa sikap mereka sedemikian
rupa TETAPI kita mesti mencuba untuk tidak menjadi seperti mereka. Jangan
membuat keputusan semasa dserang angin marah tetapi cuba kawal perasaan marah
sblom melulu melemparkan kata2. Jangan juga mudah mempercayai insan yg kita
blom pasti hati budinya wpun kita sudah mengenali mereka dari dulu lagi.. tapi,percayalah
pada insan yg memahami perasaan & masalah kita seperti kedua-dua org tua
kita… mama ckp, sebagai org tua kita jgn meletak batas antara diri & anak2
tetapi kita cuba untuk menjadi kawan supaya anak2 senang berkongsi masalah
& org tua kita juga senang nak paham kemahuan kita… lebiu mama! Kita jgn
juga mendesak org untuk menuruti mahunya kita,kerana manusia itu bukannya
robot. sebaiknya, kita mencuba untuk mendekati isi hatinya & melihat cara
org tuanya mendidiknya seterusnya kita pahami dirinya… insyaAllah dia akan
menjadi seseorang yg patuh pada arahanmu wpun ianya makan masa yg agak lama.
Tetapi dengan adanya sifat sabar, maka insan itu akan hormat & tidak akan
mengabaikan sama sekali pesanan mu itu. Hati manusia yg keras dapat kita cairkan
jika kita bersabar & niat kita ikhlas untuk dirinya… wpun pada mulanya dia
menganggap itu sebagai sesuatu yg remeh,rimas tetapi kesabaran akan
membuatkannya lama2 untuk bfikir kenapa kita melakukan semua itu? Sama seperti
kenapa org tuanya juga bertindak sebegitu? Dia akan paham dan sudah pasti dia
tidak akan rasa terbeban malah akan lebih bahagia hidupnya… manusia, terkadang
manusia itu akan serik untuk bercinta setelah pengalamannya yg
lalu.tetapi,bukankah pengalaman itu mendewasakan kita? Dan kita belajar dari
kesilapan,jangan juga rasa tercabar sehingga sanggup bercinta dengan siapa2
saja hanya untuk membuktikan yg kita mampu mencari pasangan lain yg lebih baik.
Kadang2 tidak salahnya menurut permintaan org tua,tetapi cuma org tua bukannya
semua org taw! Tutup je telinga kalo ada org tue cbok komen2 pasangan korg
tanpa kenal dulu,nak tolong adjust2 kita CUMA kalo korg dah berpunya ler kalo
blom tue ON je kalo dah xsabar… Jangan
berhenti mencari cinta, Jangan juga menjadi perigi yg mencari timba. Seseorg
pasti akan mencari pemilik tulang rusuknya itu utk melengkapkan hidupnya. By
now, kita kena jalani hidup kita dengan tenang & gembira kerana masih ada
insan2 setia di samping kita utk menemani hari2 yg mendatang. Tanya sama hati,
apa mahu untuk jatuh cintakah??? Don’t be gelojoh man! HAHAHAHAHAHAHAHA
By hook or by crook I LOVE MR
SUPERHERO+MR DORAEMON!

No comments:
Post a Comment